Thursday, 13 December 2012

2012 Meninggalkan Kita

Salam 12.12.2012

Ada apa pada tarikh?

Pada yang suka nombor dah tentu nombor membawa makna pada mereka.Pernomboran membawa banyak erti pada kita bermula sedari lahir.Anak nombor berapa,lahir bila dan pukul berapa,berat berapa kilo?

Jangan dimarah pada yang obses dengan nombor.Adi Putra dah pun menunjukkan suka nombor adalah satu obses yang baik.

Ambik kira juga faktor pilihan tarikh.Kami telah memilih untuk mendaftarkan perniagaan dan memulakan perniagaan dan mengembangkan perniagaan pada tarikh penubuhannya sehingga tarikh hari ini dan akan datang..dan In Shaa Allah House Of Popiah akan meneruskan perjuangan.

We are prepared!Kami bersedia!2013 tunggu aku datang!

Friday, 13 April 2012

Jalan-Jalan Cari Makan

 Breakfast,lunch,minum petang,makan malam,supper..Memang superb!!

Sunday, 8 April 2012

Berikan 100% komitmen

Apa jua pencapaian yang hebat akan disambut dengan berbagai-bagai masalah dan halangan di sepanjang jalan.

Lagi hebat matlamat anda,lagi hebat masalah dan halangan yang perlu ditempuh.Pastikan anda komited kepada matlamat kewangan anda dengan memberi sepenuh tenaga dan perhatian untuk terus mencapainya walaupun pelbagai masalah dan halangan akan mengundang.
 Refresh and enjoy this song:-


Wednesday, 4 April 2012

Meja kemas,semua pantas!

Saya suka dengan tajuknya.Meja kemas,semua pantas.Kalau di kiosk House of Popiah kerja kami mengelap kiosk yang cat kayunya kuning tu.Kami bukan meja office tapi konsepnya sama je,selagi semua benda kemas dan teratur,takde masalah nak buat kerja cepat.

Inilah yang selalu orang cakap ISO atau 5S.Ini nota jutawan bab belakang sikit yang saya baca.So guys,mari kita renungkan:-

Kemaskan meja dan sekeliling tempat anda bekerja.Dengan meja yang kemas dan tidak serabut,fikiran anda juga menjadi kemas dan tidak serabut.

Ini memberi produktiviti kepada anda dan boleh mempercepatkan segala urusan anda di tempat kerja tersebut.Apabila sekeliling kemas,kerja pun turut kemas.Satu tip pengurusan masa!

Saya dah pun melalui pengalaman 10 tahun bekerja.Rupa-rupanya 'meja kemas,semua pantas' adalah langkah menjadi jutawan.Hah!Saya dah ada 1 langkah menjadi jutawan.Anda bagaimana?

Tuesday, 3 April 2012

Baca ...Jangan Tak Baca

Assalamualaikum.

Saya dah pun skip nota jutawan daripada bab 3 ke bab (Baca..jangan tak baca).

"Tanamkan sikap suka membaca.Leaders are Readers!Orang yang berjaya ialah mereka yang suka membaca.Berapa banyak anda perlu baca?Di sini ada tipnya..."

Tip Membaca


Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari.Sebaik-baiknya baca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri.
Sekiranya anda membaca 1 jam sehari,secara purata,anda akan menghabiskan sebuah buku setiap minggu.Sekiranya anda membaca sebuah buku setiap minggu,anda akan dapat menghabiskan 4 buah buku sebulan.Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku.Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun,anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca lebih daripada 100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari,dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!

Saya juga ada membaca sebuah buku yang bertajuk "Jangan Bersedih,Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia & Mutiara Ubtuk Orang Yang Paling Bahagia" di mana di antara tip untuk kekal bahagia ialah dengan menyediakan 'mini library' di rumah.Sebaik-baik teman ialah dengan membaca Al-Quran...



Monday, 2 April 2012

Buat Keputusan Hari Ini!

Bab 2: Buat Keputusan Hari Ini!

Ramai antara kita tidak membuat keputusan untuk menjadi kaya.Sudah tentunya,ramai yang mengharapkan kekayaan,Ramai juga yang berdoa untuk mendapat kekayaan.Tetapi langkah yang sering dilupakan adalah untuk anda membuat keputusan menjadi kaya.

Langkah Menjadi Kaya:

Tetapkan matlamat anda untuk menjadi bebas kewangan.

Tanamkan niat di hati bahawa anda akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut.

Tanpa membuat keputusan,anda bagaikan berdiri di tengah-tengah pagar."Jadi kaya pun tak mengapa...tak jadi kaya pun tak mengapa."

"Mulai hari ini,tetapkan keputusan anda untuk menjadi bebas kewangans,Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan.Keputusan ini akan memberi fokus kepada anda untuk mencapai matlamat anda."

-Saya begitu tertarik dengan bab 2 Nota Jutawan Nota Motivasi Irfan Khairi ini.Di antara jalan untuk menjadi kaya adalah dengan membuat keputusan memulakan perniagaan.Mmm,memulakan perniagaan adalah sesuatu yang mudah.Ada sesetengah perniagaan tak perlu menggunakan modal pun.Ilmu yang perlu ada ialah bagaimana untuk mengekal dan mengembangkan perniagaan.Dengan satu keputusan hari ini dapat mengubah hidup kita.Jom buat keputusan hari ini juga!

Saturday, 31 March 2012

Nota Jutawan

Menjadi jutawan bukan mustahil.Satu langkah mudah boleh merubah masa hadapan anda.'.Petikan dari buku Nota Jutawan Nota Motivasi oleh Irfan Khairi.Saya pernah membaca buku ini satu ketika dulu.

Bab pertama tajuknya Kunci Kekayaan-Keinginan.Saya kononnya ingin sangat menjadi kaya lalu mengikut langkah pertama iaitu menulis 101 perkara yang anda boleh peroleh sekiranya anda mempunyai wang yang tidak terhad.

Bagi saya waktu tu memangla seronok kalau ada duit dan tak pernah habis.Nak tulis 101 benda yang saya nak boleh dapat pun susah.Tapi saya cuba juga senaraikan.Letaklah apa sahaja di dalam list tapi dalam hati sebenarnya tak ada pun keinginan tu.

Mmm,bab pertama pun saya dah gagal.Mungkin sebenarnya saya tak ada keinginan menjadi kaya.

Bab 1: Kunci Kekayaan - Keinginan

Kunci kekayaan pertama ialah keinginan menjadi KAYA.Anda perlu mempunyai kehendak atau hasrat untuk menjadi bebas kewangan.Keinginan yang membakar akan memotivasikan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Seperti sebuah kereta,keinginan merupakan enjin yang menggerakkan kereta tersebbut.Lebih hebat enjin tersebut,maka lebih lancar dan mantap perjalanan kereta tersebut.

Apa jua pencapaian anda bergantung kepada kehebatan keinginnan anda.Sekiranya anda mempunyai satu atau dua sebab untuk mencapai keinginan tersebut,maka keinginan tersebut tidak begitu besar.

Tetapi,sekiranya anda mempunyai seratus satu sebab untuk mencapai keinginan menjadi kaya,maka,keinginan itu akan bertindak sebagai satu api yang membakar semangat anda untuk terus mencapai matlamat kewangan anda!

Saya nak berkongsi lagi nota jutawan di blog yang bakal melahirkan jutawan ini.Saya dah pun tulis 101 perkara yang saya akan dapat sekiranya saya mempunyai wang yang tidak terhad.Ambil pen dan kertas sekarang dan mulalah menulis...

Malays Forget Easily

In Malays Forget Easily,Dr Mahathir Mohamad speaks his mind by imploring the Malays to overcome their weaknesses,defy stereotyping and never ever forget the history of their strugggle.

In one of his bluntest wake-up calls to the Malays,Dr Mahathir drives home the fact that the Malay mindset must change to enable them to face up to the tough challenges that lie ahead.They must make an effort to be hardworking,strive hard to seek knowledge and other essential skills,and to hold on to good values in their conduct.

They must never take for granted.They must discard the belief that they will always be safe and to start thinking they may no longer be proctected by their special rights and privileges.