Assalamualaikum.
Saya dah pun skip nota jutawan daripada bab 3 ke bab (Baca..jangan tak baca).
"Tanamkan sikap suka membaca.Leaders are Readers!Orang yang berjaya ialah mereka yang suka membaca.Berapa banyak anda perlu baca?Di sini ada tipnya..."
Tip Membaca
Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari.Sebaik-baiknya baca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri.
Sekiranya anda membaca 1 jam sehari,secara purata,anda akan menghabiskan sebuah buku setiap minggu.Sekiranya anda membaca sebuah buku setiap minggu,anda akan dapat menghabiskan 4 buah buku sebulan.Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku.Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun,anda akan membaca 144 buah buku.
Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca lebih daripada 100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?
Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari,dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!
Saya juga ada membaca sebuah buku yang bertajuk "Jangan Bersedih,Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia & Mutiara Ubtuk Orang Yang Paling Bahagia" di mana di antara tip untuk kekal bahagia ialah dengan menyediakan 'mini library' di rumah.Sebaik-baik teman ialah dengan membaca Al-Quran...
No comments:
Post a Comment