Bab 2: Buat Keputusan Hari Ini!
Ramai antara kita tidak membuat keputusan untuk menjadi kaya.Sudah tentunya,ramai yang mengharapkan kekayaan,Ramai juga yang berdoa untuk mendapat kekayaan.Tetapi langkah yang sering dilupakan adalah untuk anda membuat keputusan menjadi kaya.
Langkah Menjadi Kaya:
Tetapkan matlamat anda untuk menjadi bebas kewangan.
Tanamkan niat di hati bahawa anda akan berkorban dan berusaha untuk mencapai matlamat kewangan tersebut.
Tanpa membuat keputusan,anda bagaikan berdiri di tengah-tengah pagar."Jadi kaya pun tak mengapa...tak jadi kaya pun tak mengapa."
"Mulai hari ini,tetapkan keputusan anda untuk menjadi bebas kewangans,Tetapkan keputusan untuk memulakan perniagaan.Keputusan ini akan memberi fokus kepada anda untuk mencapai matlamat anda."
-Saya begitu tertarik dengan bab 2 Nota Jutawan Nota Motivasi Irfan Khairi ini.Di antara jalan untuk menjadi kaya adalah dengan membuat keputusan memulakan perniagaan.Mmm,memulakan perniagaan adalah sesuatu yang mudah.Ada sesetengah perniagaan tak perlu menggunakan modal pun.Ilmu yang perlu ada ialah bagaimana untuk mengekal dan mengembangkan perniagaan.Dengan satu keputusan hari ini dapat mengubah hidup kita.Jom buat keputusan hari ini juga!
No comments:
Post a Comment