Saturday, 31 March 2012

Nota Jutawan

Menjadi jutawan bukan mustahil.Satu langkah mudah boleh merubah masa hadapan anda.'.Petikan dari buku Nota Jutawan Nota Motivasi oleh Irfan Khairi.Saya pernah membaca buku ini satu ketika dulu.

Bab pertama tajuknya Kunci Kekayaan-Keinginan.Saya kononnya ingin sangat menjadi kaya lalu mengikut langkah pertama iaitu menulis 101 perkara yang anda boleh peroleh sekiranya anda mempunyai wang yang tidak terhad.

Bagi saya waktu tu memangla seronok kalau ada duit dan tak pernah habis.Nak tulis 101 benda yang saya nak boleh dapat pun susah.Tapi saya cuba juga senaraikan.Letaklah apa sahaja di dalam list tapi dalam hati sebenarnya tak ada pun keinginan tu.

Mmm,bab pertama pun saya dah gagal.Mungkin sebenarnya saya tak ada keinginan menjadi kaya.

Bab 1: Kunci Kekayaan - Keinginan

Kunci kekayaan pertama ialah keinginan menjadi KAYA.Anda perlu mempunyai kehendak atau hasrat untuk menjadi bebas kewangan.Keinginan yang membakar akan memotivasikan anda untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Seperti sebuah kereta,keinginan merupakan enjin yang menggerakkan kereta tersebbut.Lebih hebat enjin tersebut,maka lebih lancar dan mantap perjalanan kereta tersebut.

Apa jua pencapaian anda bergantung kepada kehebatan keinginnan anda.Sekiranya anda mempunyai satu atau dua sebab untuk mencapai keinginan tersebut,maka keinginan tersebut tidak begitu besar.

Tetapi,sekiranya anda mempunyai seratus satu sebab untuk mencapai keinginan menjadi kaya,maka,keinginan itu akan bertindak sebagai satu api yang membakar semangat anda untuk terus mencapai matlamat kewangan anda!

Saya nak berkongsi lagi nota jutawan di blog yang bakal melahirkan jutawan ini.Saya dah pun tulis 101 perkara yang saya akan dapat sekiranya saya mempunyai wang yang tidak terhad.Ambil pen dan kertas sekarang dan mulalah menulis...

No comments:

Post a Comment